Sunday, 20 December 2009

TAK SANGKA




Sejak kebelakangan ni, aku suka sangat2 tengok sebuah filem Hindi ni apatah lagi aku ada vcdnya. Mula2 aku tgk cd yg terakhir jer lepas tu siap tgk dari cd pertama lagi...aku sendiri pun pelik kenapa aku suka sesangat tgk citer tu. Yang kelakarnya ada sehari tu aku siap ulang cerita tu sampai dua kali walau pun dah tahu jalan ceritanya.


Lagunya pula dah terlebih ulang aku tgk siap boleh nyanyi sekali walaupun sebutan mungkin tak berapa betul janji ada bunyinya sudah... Aku sendiri dok pikir apasal dgn tiba2 jer nak tgk sangat padahal sejak beli cuma sekali jer aku tgk itupun lepas tgk kat saluran Zee kat Astro tu. Bila tgk tu suka sgt sebab jalan ceritanya menarik. Heronya pun dari tak minat dah jadi minat...hehehe


Kata orang dulu2 kalau kita ketawa banyak sangat nanti suatu saat menangis dan memang betul. Aku tak sangka kesempatan untuk mengakses internet kat rumah memberi satu kesan yg agak mendalam buat diri aku.Pagi tu aku tak tido dan dok sibuk cari info tentang hero dan heroinnya tetiba aku tersentak bagaikan tak percaya dgn apa yg aku baru baca. Heroin tu dah meninggal pd thn 1993 dan filem tu dibuat setahun sebelumnya. Usianya sangat muda iaitu 19thn dan baru terlibat dlm dunia lakonan selama tiga tahun jer. Tambahan pula baru jer kahwin. Menurut info itu lagi dia meninggal di apartment suaminya dan kematiannya sehingga kini tidak dapat disahkan puncanya. Kes tu dah ditutup pd 1998 lepas pihak polis dan doktor sendiri tak dapat kesan puncanya.


Ada kata dia makan pil terlebih dos, tak kurang juga kata minum arak dan ambil dadah. Begitu juga dgn ketidakbahagianya dia berumahtangga dgn seorang produser. tersentuh hatiku melihat video pengebumiannya dan tanpa disedari air mata ini mengalir bagai tak henti pula. Dulu seronok sangat tgk dia berlakon sekarang sedih pula.Ada wajahnya yg di zoom secara dekat semasa mayatnya diusung. Rasa macam hilang separuh semangat aku nak tgk video klip dia pun dah tak rasa seronok. Semoga dia 'hidup' aman di sana.

Tuesday, 3 November 2009

HIBERNASI


Rasa2nya lepas ni semakin jarang kot aku up-date blog aku tapi tak tahu juga kalau ada perkara yg memerlukan aku kerap ke cc apa salahnya up-date sekalikan. Sekarang kalau boleh aku nak fokus pada penghasilan cerpen dan juga berusaha sehabis daya utk menghasilkan sebuah novel kanak2. Aku kena cakap pada diri sendiri memandangkan akulah yg kena support diri sendiri. Kalau bukan aku sapa lagi kan.


Secara tak langsung walaupun aku tak berjaya menjejakkan ke ke puncak menara gading seperti teman2 aku yg macam hantu tu, at least ada guru2 sekolah aku bangga dgn pencapaian aku dlm bidang penulisan ni malah ada yg bagi support suruh buat novel pula. Apa yg benar2 membanggakan aku adalah pengetua yg baru mengepalai SMK Datok Lokman tu pun rasa bangga dgn aku kerana beliau mendengar cerita daripada cikgu2 aku yg lain.

Thanks a lot my beloved teachers....sume orang takkan sama pencapaian yg mereka miliki kan...yg penting aku usaha dan kena bekerja keras dan buktikan kepada mereka yg sungguh kurang ajar pada keluarga aku (masalah dalaman manusia berhati syaitan) dan juga buat teman2 yg begitu gampang (dlm Bahasa Indonesia= senang) melupakan persahabatan ini.




Usaha + Doa + Tawakkal = KEJAYAAN!!!


Saturday, 31 October 2009

PAPADOM


Jumaat lalu aku dan segerombolan ahli kuarga aku yg lain menyerbu Galaxy Ampang utk tengok filem ni. Sume yg dah tengok kata best apatahlagi dah menang filem terbaik biarpun tak ditayangkan jadi kena tengok apa yg bagus sangat. Ternyata memang bagus tak kering gusi dari mula sampai akhir. Walaupun ada babak yg sedih di akhir2 cerita tapi disebabkan dialognya aku tak sedih sangat pun asyik dok gelak jer terutama part yg last sekali tu. Siapa yg dah tgk mesti tahu babak yg aku maksudkan...dan kepada sesiapa yg belum tgk lagi aku sarankan pergilah tgk sebab tak rugi labur sikit duit tapi kita dapat kepuasan. Lepas ni aku rasa macam nak tengok citer 2010 rasanya ditayangkan 12 Nov kot. Perancangan jer tapi selalunya jarang yg jadi mesti dah sampai masa aku malas nak pergi...

Friday, 30 October 2009

PENYAKIT 'M'

Salam utk semua, dah lama aku tak buka blog ni. Bukan apa malas nak ke cc apatah lagi aku rasa tak ada cerita menarik yg ingin dikongsikan kepada yg singgah di sini. Perancangan hari tu nak pasang tmnet streamyx puaslah kakak aku pergi uruskan di pejabat telekom di Ampang udahnya yg dirancang tak menjadi. Kalau ada kat rumah lagi senang kerja aku nak coret kisah2 baru dan menghantar cerpen kepada editor beberapa majalah kesukaan akukan. Namun buat masa ini perkara tu terpaksa dilupakan dahulu memandangkan aku telahpun mendahulukan perkara yg aku anggap lebih penting lagi buat masa ni. Amendanya tu yg penting sangat kan. Baru2 ni aku pergi beli printer baru jenama Brother model DCP-165c di Plaza Low Yat.




Hari Sabtu gi ushar dulu esoknya baru pergi beli. Kitaorang konvoi dua buah motor iaitu aku dan abah aku serta kakak dan abang ipar aku. Abang ipar aku tu pandai dlm bab2 gajet dan seangkatan dengannya so senanglah sikit. Lagi pula dia ramai member kat situ jadi boleh survey dulu dan senang buat banding harga. Benda tu bukan sahaja boleh print hasil karya aku ke apa2 yg aku taip tapi boleh dak guna utk fotostat, print gambar dan beberapa lagi yg aku tak habis selidik lagi lagi. Aku selalu guna pun utk print dan fotostat jer..yg lain2 tu tunggu dululah.




Memandangkan benda tu hak milik peribadi aku sesiapa yg nak 'pinjam' haruslah dengan keberadaan aku sekali. Kalau apa2 hal pun aku ada kat situ. Jadi aku harus lebih aktif dlm menghasilkan cerpen2 yg lebih berkualiti dan bermutu. Dan ada seorang kawan baik aku....kira macam adik sendiri usulkan aku supaya buat satu cerpen yg sedih mungkin boleh buat yg membaca turut berasa sedih( mungkin sampai kuar air mata kot). Aku sedang berusaha utk itu dan dlm masa yg sama sedang menaip satu cerpen yg agak hepi berbanding tadi. Dah siap sikit rasanya dlm dua tiga hari lagi boleh siap taip itupun ikut tahap kerajinan jugak. Apa yg penting kena usaha dan usaha mencari idea yg lebih menarik utk menarik perhatian editor dan pembaca....doa2kanlah yer.



Sunday, 11 October 2009

JALAN2 RAYA 4

DALAM PERJALAN KE PORT DICKSON, KITAORANG NAK MANDI LAUT. UDAH LER ADA KG. THN LEPAS PUN GI SINI SO JD ACARA TAHUNAN PLAK...NI GAMBAR SEMASA PERJALANAN PERGI DAN BALIK. GAMBAR MANDI MANDA KENA TUNGGU DI ENTRI YG AKAN DATANG..










AKU BELI DUA HELAI JER TAPI ADIK BERADIK PILIH CORAK YG SAMA...KABUR SIKIT GBR NI....

















Friday, 9 October 2009

JALAN2 RAYA 3

TENGOKLAH GAMBAR2 YG ADA NI SEBAB AKU TAK ADA MOOD NAK TULIS APA CITER...NI MASA BERAYA KAT UMAH IBU ANGKAT ADIK AKU MERANGKAP MAJIKAN ABAH AKU..APALAGI POSING SAKANLAH KAT SINI...


















Wednesday, 7 October 2009

JALAN2 RAYA 2

DI PAGI RAYA

DUA GADIS PINGITAN, SORANG TU DH JADI MAK ORANG

HEHE..NI BAJU RAYA BEBERAPA THN DULU


SEBAB THN NI AKU TAK TEMPAH BAJU LANGSUNG



PAKAILAH YG MANA ADO TU...ADIK AKU JE BERGAYA DGN BAJU BARU

NI SALAM NAK DUIT RAYA LAH NI KAN...HEHEHE!!!

KUARGA ALONG, KAKAK SULUNG AKU